klik

Wednesday 30 March 2016

Kes Murid Potong Lidah. Reka Cerita Palsu Dibuli

Berita hari ini melaporkan bahawa kejadian murid memotong lidah kerana dibuli adalah tidak benar dan palsu. Polis turut mengesahkan berita ini.

Menurut siasatan menyeluruh oleh pihak polis terhadap kes itu memutuskan mangsa tidak dibuli tetapi disebabkan kecederaan berpunca daripada dirinya sendiri.

Dilaporkan semasa insiden itu berlaku Muhammad Alif Shukran dan rakan-rakannya berada di dalam kelas mengikuti sesi pembelajaran. Kecederaan berlaku di dalam kelas dan mangsa dirujuk terus kepada Penolong Kanan untuk rawatan.


Tuesday 29 March 2016

Punca Iklan Trivago Menjadi Viral di Whatsapp dan FB

Iklan trivago yang menjadi viral di whatsapp dan fb.
Sehingga ada yg dikaitkan dengan kes hantaran 15k baru2 ini.
Ini dia iklannya..dan mungkin puncanya kerana 15k itu sendiri


15 ribu?
Mengapa bayar lebih?
Perempuan yang sama,
wanita yang sama.
Tetapi, dua harga yang berbeza.
Kenapa bayar lebih?
Anda boleh mencari isteri ideal anda di trivago.
Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web.
Anda boleh mencari isteri baru ideal anda dengan harga terbaik.
Isteri?
TriVaGo
😁

Pemuda2 Yang Disangka Tidur Hanya Sehari Rupanya Ditidurkan Selama 309 Tahun

Dalam kesibukan kita dengan urusan keduniaan, duniawi..ada waktu dan ketika kita perlu bermuhasabah dalam mencari jalan dan petunjuk yang benar bahawa dunia ini hanyalah sebuah tempat persinggahan yang sementara. Di dalam Al Quran banyak kisah2 pengajaran yang boleh kita ambil sebagai inspirasi dalam mencari keredhaan ilahi. Salah satu cerita yang menarik dan boleh dijadikan tauladan untuk kita terutamanya anak muda pada hari ini adalah kisah anak muda yang digelar sebagai Ashabul Kahfi,

Sebuah kisah yang diceritakan kebenarannya di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.
 
Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)

Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas, menurut para ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;
Maksalmina
Tamlikha
Martunus
Bainunus atau Nainunus
Sarbunus
Dzunuanus
Kasyfitatanunus

Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka. Pemuda-pemuda ini beriman kepada Allah di tengah kekufuran kaum dan bangsa mereka. Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh Allah dengan firmanNya;

“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (al-Kahfi: 13)

Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat menyatakan di Jordan, dan ada juga mengatakan di Syria). Asalnya penduduk negeri itu beriman kepada Allah dan beribadat mengesakanNya.

Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman kufur/berhala dan dia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan seksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu.

Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian. Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu.

Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan prinsip aqidah Ilahi yang mereka yakini. Allah berfirman menceritakan peristiwa mereka berhujjah;

“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): ”Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15)

Walaupun tidak mampu menjawab hujjah-hujjah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari agama mereka. Ia memberikan tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh. Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat sesama mereka untuk mencari keputusan yang muafakat. Apakah tindakan yang sepatutnya diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka? Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan pedalaman/kampung.

Firman Allah; “Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”. (al-Kahfi: 16)

Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah.Allah telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut.

Firman Allah menceritakan tentang mereka di dalam gua;
“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”. (al-Kahfi: 11).

Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).

“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”. (al-Kahfi: 25)

Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur.

“Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”. (al-Kahfi: 18)

Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun atau 309 tahun), mereka dibangunkan. Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja.“Berkatalah salah seorang di antara mereka: “Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)”. Mereka menjawab: “Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”. (al-Kahfi: 19)

Sebaik bangun dari tidur mereka, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke Bandar bagi mencari sesuatu untuk di makanan. Akhirnya mereka memilih Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak.

Firman Allah menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu;
“Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”. (al-Kahfi: 19-20)



 
Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah memerintahkan kita supaya bertakwa kepadaNya sedaya yang kita mampu, dalam keadaan mana sekalipun, sama ada senang atau susah.

FirmanNya; “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta ta`atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu”. (at-Taghabun: 16) Walaupun Allah menceritakan dalam ayat tadi bahawa pemuda-pemuda amat berhati-hati dan berjaga-jaga agar jangan diketahui orang lain–kerana mereka menyangka raja yang memerintah negeri masih raja yang dulu dan kafir kepada Allah, namun Allah telah mentakdirkan supaya berita tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain bagi menunjukan kekuasaan dan kehebatanNya. Kebetulan semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini dibangkitkan Allah setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya.Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu tentang kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu; bagaimana Allah boleh menghidupkan orang yang telah mati? Apatah lagi yang telah beribu bahkan berjuta tahun lamanya dimakan tanah. Maka bertepatanlah masanya Allah membangkitkan ashabul kahfi pada zaman tersebut dan menzahirkan kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu lagi.
“Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahwa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya”. (al-Kahfi: 21)

Allah mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu semasa wakil mereka itu datang ke kota hendak membeli makanan. Ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama. Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua ashabul kahfi bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu sekeliannya dan mendengar kisah mereka.

Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu dan orang-orangnya. Raja mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan.

Hal ini diceritakan Allah dengan firmanNya;
“Setelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (yakni pihak raja) pula berkata: “Sesungguhnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka”. (al-Kahfi: 21)


Semoga dengan perkongsian ini dapat kita fahami, jadikan satu inspirasi dalam menuju kehidupan yang lebih diredhai. Sesungguhnya inilah kisah dari Al Quran yang tidak ada dusta lain kecuali hanyalah benar2 belaka. Rujuklah kitab2 tafsir sebagai rujukan kita dalam menambahkan lagi ilmu2 pengetahuan kita. Assalamualaikum

Terbaru Lagi Serpihan MH370 Dijumpai Di Afrika Selatan

Mengikut portal berita tempatan satu lagi serpihan dipercayai milik pesawat MH370 ditemui di Afrika Selatan. Menteri Pengangkutan dimaklumkan pihak berkuasa negara berkenaan mengenai penemuan serpihan itu semalam. serpihan itu akan diteliti samada dari pesawat jenis Boeing 777. Sekiranya serpihan itu milik pesawat Boeing 777, akan hantar ke Australia bagi melakukan siasatan lanjut - portal berita

Monday 28 March 2016

Ini Rupanya Maksud Sebenar Perkataan 'Viral' yang kita semua sebut2

Post ni simple je.. maksud viral je..hehehe...
Walaupun simple..saya percaya ramai yang x tahu
Dan main sebut je..dan rasa kene dengan situasi
Betul la tu agaknya....apapun mari kita tengok maksud
Sebenarnya menurut encik google.
maksudnya gambar, video ataupun apa2 informasi
yang berpusing2 secara meluas dikalangan
pengguna internet.




Friday 25 March 2016

Murid dibuli rupanya lidah dipotong oleh...

Seorang pelajar darjah dua di sebuah sekolah di Bukit Tinggi, Klang dekat sini yang cedera pada lidahnya selepas dikatakan dibuli oleh lima murid sekolah tersebut sebenarnya memotong lidahnya sendiri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa Muhammad Ali Shukran Alias dipaksa mengguntingkan lidahnya sendiri oleh lima murid darjah tiga.

Menurut sumber, disebabkan takut dengan ugutan daripada lima murid itu, mangsa menggunting sebahagian lidahnya sehingga putus dan berdarah.

"Mangsa didesak oleh lima murid itu, jika ingkar dia (mangsa) akan ditumbuk.

Sumber : berita K

Pemuda Miskin Yang Dianggap Gila Tetapi Menjadi Sebutan Penduduk Langit

Sebuah kisah inspirasi untuk kita semua terutama buat kita yang masih mempunyai ibu bapa.


Tahukah kamu siapakah Uwais al-Qarni? Uwais al-Qarni merupakan pemuda yang disebut-sebut namanya oleh Rasullulah saw kepada para sahabat baginda.

Rasullulah saw pernah berpesan kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra bahawa akan lahir di kalangan tabiin seorang yang sangat makbul doa yang akan lahir di zaman kamu (zaman selepas kewafatan Rasullulah saw).

Tujuan Rasullulah saw menyuruh Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra mencari Uwais al-Qarni tidak lain ialah meminta Uwais al-Qarni berdoa kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa sahabat (Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra).

Marilah kita lihat apa istimewanya Uwais al-Qarni sehingga Rasullulah saw meminta sahabat mencari dan meminta doa darinya. Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra. Kedua-dua mereka yang memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar mereka, tidak mungkin dia adalah orang yang Rasulullah saw sebut-sebutkan ini kerana, Uwais Al-Qarni dianggap sebagai seorang yang kurang waras di kalangan orang awam atau penduduk setempat. Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak di seluruh tubuh badannya, yakni sejenis penyakit kulit yang tidak digemari ramai. Walaupun begitu, beliau adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Beliau begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa beliau meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa. Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais Al-Qarni bahawa dia ingin sekali untuk mengerjakan ibadat haji. di Mekah. Ibunya menyuruh Uwais Al-Qarni supaya berikhtiar agar beliau dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais Al-Qarni  tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi diri daripada cuaca panas matahari dan hujan.

Uwais tidak mampu menyediakan perbelanjaan untuk ibunya pergi mengerjakan haji apatah lagi untuk memiliki unta. Namun atas permintaan ibunya yang sangat Uwais kasihi. Uwais Al-Qarni mendapat suatu ilham. Beliau membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Beliau membuat sebuah rumah di atas ‘Tilal’ (tanah tinggi). Rumah untuk lembu itu dibina di atas bukit, apa yang beliau lakukan ialah pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras. Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit.

Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais al-Qarni seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas 6 bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais Al-Qarni pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari. Selepas 8 bulan, apabila sampai musim haji. Rupa-rupanya perbuatannya selama ini adalah satu persediaan untuk beliau membawa ibunya mengerjakan haji. Beliau telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya beliau meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Uwais juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah. Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya:

    “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”

Uwais Al-Qarni menjawab:

    “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi:

    “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”

Uwais Al-Qarni menjawab:

    “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”

Ibunya berkata lagi:

    “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”

Uwais Al-Qarni berkata:

    “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”

Ibunya menambah:

    “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”


Akhirnya Uwais Al-Qarni tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Beliau lalu
berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu.

Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais Al-Qarni kerana permintaannya, kerana sopak ini adalah satu anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah saw kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra:

    “Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”

Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Beliau telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu beliau telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra dapat berjumpa dengan Uwais Al-Qarni dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya beliau berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Saidina Umar dan Saidina Ali, beliau berkata:

    “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.”

Maka Uwais Al-Qarni pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
Setelah itu Saidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, saidina umar mahu membuat surat kepada Gabenor Kufah supaya melayan Uwais Al-Qarni dengan layanan yang istimewa. Namun begitu ditolak dengan baik oleh Uwais Al-Qarni.

Lalu Uwais Al-Qarni menjawab dengan lembut :

    “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”

Diriwayatkan semasa kewafatan beliau, terlalu ramai “orang” yang menyempurnakan jenazah beliau. Daripada urusan memandikan sehinggalah dibawa ke liang lahad. Agak menghairankan kerana pada masa hidup beliau tiada orang yang memperdulikan beliau yang miskin. Malah ada yang menganggap beliau seorang yang gila. Siapakah “orang-orang” tersebut. Mereka itu adalah penduduk-penduduk langit yang terdiri daripada malaikat-malaikat.
Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit. Wallahua’lam.


Kesimpulannya berbuat baiklah kita kepada ibu dan bapa kita kerana sesungguhnya redha Allah itu datang apabila redha ibu dan bapa bersama kita.




Credit : Yang berkongsi

Thursday 24 March 2016

Tiada Lagi Lawak Chia Chia Chia Sepahtu Reunion



Tiada lagi lawak sepahtu reunion kerana program berkenaan sudah berakhir di astro.
Sape yang nak tonton silalah ke you tube atau laman2 web yang ada berkongsi episod terakhir
sepahtu reunion (rock).

Hiburan TV malam jumaat sudah habis...hehe. Famous pick up line chia chia chia sehinggakan pernah jadi viral kejap di media sosial. Tapi geng2 sepahtu ni masih boleh didengar lawak mereka.
Kalau x silap depa ni deejay sinar fm. Haaa dalam tu mesti ada diaorang selitkan lawak chia chia chia diaorang...sekian

Tuesday 22 March 2016

Ini Rupanya 'Clever Girl' Malaysia Yang Sebenarnya

Sebuah portal bahagian dakwah di Malaysia ada berkongsi tentang 'Clever Girl' Malaysia yang sebenar. Beliau adalah Zainab Husna yang merupakan graduan dibidang Sarjana Usul Fiqh dari Madinah International University.

Kenapa beliau adalah 'Clever Girl' yang sebenar? di bawah disertakan beberapa fakta yang menarik dan patut dicontohi seluruh anak muda terutamanya di Malaysia ini.

1) Dianugerahkan Sarjana dibidang Usul Fiqh ketika berusia 23 tahun daripada Madinah International University.

2) Mencatat sejarah apabila memperolehi ijazah sarjana muda syariah dari Universiti Al Azhar ketika berumur 20 tahun

3) Menghafaz 30 juzuk Al-Quran ketika berusia 13 tahun

4) Aktivis Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

5) Ahli Majlis Ulama (MUIS)

6) Bercita cita menjadi seorang pakar rujuk di bidang Usul Fiqh.

Tahniah dan kagum...

Monday 21 March 2016

Kisah Inspirasi : Ikhlaskah Kita Dalam Beribadat?

Sebuah cerita dan kisah yang boleh dijadikan sebagai satu motivasi kepada kita dalam beribadat.
Mohon disimpan dan dikongsi bersama pembaca semua.

Ada satu kisah, ketika Abdullah bin al-Mubarak memasuki Kufah dalam perjalanannya untuk melaksanakan ibadat haji, dia secara tiba-tiba melihat seorang perempuan sedang memungut bangkai seekor itik di tempat pembuangan sampah.

Dia memberhentikan tujuan perjalanannya, lantas mendekati perempuan itu dan bertanya: “Apakah yang kamu pungut itu bangkai atau sembelihan?”

Perempuan itu menjawab: “Tuan, ini adalah bangkai dan aku pungutnya untuk dibawa pulang untuk keluargaku.”

Mendengar jawapan perempuan itu mendorong Abdullah untuk menerangkan: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan bangkai. Kenapakah kamu masih mahu memakannya?”

Jawab perempuan itu: “Pergilah kamu dariku. Ketahuilah bahawa aku mempunyai ramai anak dan mereka sudah tidak makan semenjak tiga hari lalu.”

Abdullah berasa kasihan sebaik mendengar kata-kata perempuan itu. Dia meninggalkan perempuan itu buat seketika dan kemudiannya datang kembali menemuinya dengan seekor keldai yang sarat dengan bekalan makanan.

Puas dia mencari di mana perempuan tadi, akhirnya dia menemuinya semula. Kata Abdullah kepada perempuan itu: “Ini semua adalah nafkah buat kamu sekeluarga. Ambillah bawa pulang untuk diri kamu dan anak kamu.”

Peristiwa itu menyebabkan Abdullah terlepas untuk mengerjakan haji. Dia tidak berasa sedih atas kegagalannya mengerjakan haji lalu berangkat pulang ke kampung halamannya.

Tiba di kampung, masyarakat kampungnya menyambut dengan penuh ceria sambil mengucapkan selamat kembali ke kampung halaman.

Abdullah berasa amat pelik dengan sambutan sedemikian rupa sedangkan dia tidak berkesempatan untuk menunaikan haji.

Kata Abdullah kepada penduduk kampungnya: “Sesungguhnya tahun ini aku belum menunaikan haji.”

Penjelasan Abdullah itu menjadikan ada kalangan masyarakat kampung hairan dan seolah-olah menganggap yang dia bergurau dengan mereka.

Kata seorang penduduk kampungnya: “Bukankah kamu yang aku suruh jaga baranganku dan aku mengambilnya kembali ketika kita berada di Arafah?”

Bersuara lagi seorang penduduk: “Bukankah kamu yang memberikan aku air ketika di Tanah Suci?”

Seorang lagi berkata penuh kehairanan: “Bukankah kamu yang membelikan sesuatu untukku sewaktu di Tanah Suci?”

Hal itu membuatkan Abdullah semakin hairan, lalu berkata: “Aku tidak faham apa yang kamu semua katakan ini. Aku sejujurnya tidak menunaikan haji tahun ini.”

Dia kembali ke rumah dengan penuh persoalan. Ketika tidur, dia bermimpi dan mendengar suara berkata kepadanya: “Wahai Abdullah! Sesungguhnya Allah telah menerima sedekahmu. Dia telah mengutuskan satu malaikat yang menyerupaimu dan mewakilimu untuk menunaikan ibadat haji.”

Demikianlah kisah seorang insan soleh yang ikhlas, maka Allah menunjukkan kepadanya ganjaran istimewa sewaktu hidup di dunia lagi. Kisah sebegini sepatutnya menginsafkan kita agar turut mempunyai rasa ikhlas yang sejujur-jujurnya terhadap Allah.


Terima kasih kepada penulis yang berkongsi kisah ini.

Tuesday 15 March 2016

Fakta Menarik Mengenai Albert Einstein Sempena Ulang Tahun ke 137

Beberapa fakta menarik mengenai genius Albert Einstein.
Sebagai inspirasi untuk kita terus melangkah ke arah 'genius'.



"The most beautiful thing we can experience is the mysterious. It is the source of all true art and science." - Albert Einstein
Best-known for developing the general theory of relativity and the mass-energy equivalence, one of the most genius and absent-minded physicists, Albert Einstein was born on this day (March 14) in the year 1879. His scholarly feats have made the name of Einstein synonymous with 'Genius'.
Today, on his 137th birth anniversary, we have gathered some amazing facts, we are sure, you wouldn't like to miss for anything:
  • It has been reported many a time that at birth, Einstein's head had a weird shape as the back of his head was very large
  • As a child, Einstein was slow in learning how to speak. His parents even consulted a doctor
  • His rebellious nature toward authority led one headmaster to expel him from school. One of his headmasters even commented that he would never amount to much in life
  • It has been claimed by some researchers that Einstein had a mild manifestation of autism or Asperger's syndrome
  • Contrary to the general belief that as a child, Einstein failed in Mathematics, the greatest Mathematician never failed in maths. In fact, before he was 15, he had already mastered differential and integral calculus
  • In 1895, at the age of 16, Einstein failed the entrance examinations for the Swiss Federal Polytechnic in Zurich, but obtained exceptional grades in physics and mathematics
  • After graduating in 1900, Einstein spent two years searching for a teaching post
  • While unemployed, Einstein started a small discussion group called 'The Olympia Academy' with some of his friends to discuss science and philosophy. It was during this time that he came up with the Theory of Relativity
  • Rather than the Relativity Theory, Einstein considered calling his masterwork the Invariance Theory because it was based on underlying invariances and certainties
  • Einstein did not only love to play the violin, but was also a great fan of classical music
  • When he was a child, his parents bought him the textbooks in advance, so that he could master them over the summer vacation
  • His great breakthroughs came from experiments performed in his head rather than in the lab. Einstein performed Gedanken experiments or thought experiments. At the age of 16, he once tried to picture in his mind what it would be like to ride alongside a light beam
  • Einstein believed in God. He defined God in an objective fashion but believed that God's work is reflected in the 'harmony of nature's laws and the beauty of all that exists.'
Here is another one from him: "Two things are infinite: the universe and human stupidity; and I'm not sure about the universe."

sumber : indiatoday

11 Nama Lagenda Dunia

LIONEL MESSI (bola sepak)

Bintang Barcelona Lionel Messi mencuri tumpuan apabila memenangi anugerah Ballon d’Or buat kali kelima, selepas membantu kelabnya menjulang treble kedua dalam tempoh enam tahun. Dia menyertai kelompok elit lain yang gah mendominasi sukan dunia.

MUHAMMAD ALI (tinju)

Dikenali sebagai ‘Yang Terhebat’ dan berhak menerimanya. Ali menggegarkan dunia dengan mengejutkan Sonny Liston untuk menjadi juara heavyweight pada 1964 ketika berusia 22 tahun sebelum mendominasi divi­syen berkenaan menerusi kesempurnaan gabungan unik kepantasan dan kekuatan yang dimilikinya. Bagaimanapun selepas lesennya digantung apabila enggan menyertai tentera Amerika Syarikat untuk Perang Vietnam, prestasinya tidak sehebat dulu meskipun menjulang gelaran dua kali selepas itu.

USAIN BOLT (olahraga)

Sebagai manusia terpantas dalam sejarah, Bolt bukan saja memecah rekod dunia malah memadamkannya. Malah catatannya untuk acara 100m (9.58 saat) dan 200m (19.38) masih gagal dipecahkan. Pelari Jamaica itu juga memena­ngi enam pingat emas Olimpik dan sukar digugat dalam tempoh lapan tahun ini. Biarpun prestasinya dikatakan merosot tahun lalu, dia kemudian­nya bangkit untuk memenangi pingat emas kesembilan, ke-10 dan ke-11 dalam Kejuaraan Dunia.

JUAN MANUEL FANGIO (Formula Satu)

Michael Schumacher mungkin menjuarai lebih banyak kejuaraan dunia (tujuh) tetapi pelumba Jerman itu masih gagal menyamai konsistensi Fangio apabila pelumba Argengtina itu menjulang lima kejuaraan dan dua naib juara sepanjang tujuh tahun bersama F1. Apa yang lebih menakjubkan, Fangio cemerlang dengan empat pasukan berbeza, satu rekod yang masih bertahan hingga ke hari ini. Malah sewaktu menjulang trofi itu buat kali terakhir pada 1957, ‘El Maestro’ berusia 46 tahun, bersaing dan berjaya mengatasi pelumba separuh daripada usianya.

ROGER FEDERER (tenis)

Roger Federer, pemain paling berjaya sepanjang zaman memenangi 17 gelaran utama dan biarpun pada usia 34 tahun, dia dilihat masih mampu menambah gelaran. Bagaimanapun tidak dinafikan pemain Switzerland itu berada di era kemuncaknya dari 2004 hing­ga 2007, di mana dia menjulang 10 gelaran utama, beraksi dalam 13 daripada 16 perlawanan akhir sepanjang tempoh itu.

STEFFI GRAF (tenis)

Serena Williams mungkin mendominasi tenis wanita ketika ini namun Steffi Graf memiliki lebih banyak daripada yang dicapai pemain berusia 33 tahun itu, sebelum bersara pada usia 30 tahun. Malah pemain Jerman itu menang 22 gelaran utama (terbanyak sepanjang era Terbuka) dan satu-satunya pemain tenis yang merangkul ‘Golden Slam’ de­ngan memenangi kesemua empat gelaran utama dan Olimpik pada tahun sama.

MICHAEL JORDAN (bola keranjang)

Ramai pemain hebat hadir sebelum Michael Jordan namun tiada seorang pun di antara mereka menjadi fenomena global seperti dilakukan ‘His Airness’ dengan membawa Chicago Bulls menjulang tiga Kejuaraan NBA berturut-turut pada awal 1990-an. Biarpun mencuba nasib dalam besbol, Jordan kemudiannya kembali ke pangkuan Bulls pada 1995 dan menjulang tiga lagi gelaran. Biarpun Jordan menjulang rekod jaringan terbanyak, apa yang sering dilupakan adalah kemampuannya selaku pertahanan dan bakat serba boleh itulah yang menjadikannya pemain bola keranjang paling dominan.

JACK NICKLAUS (golf)

‘The Golden Bear’ memenangi 18 gelaran utama, menjulang gelaran terakhir pada usia 46 tahun. Namun kegemilangan Nicklaus bermula apabila menjulang gelaran utama perdana pada Terbuka AS 1962, kurang daripada setahun selepas bergelar pemain profesional dan meleng­kapkan grand slam ketika berusia 26 tahun. Pencapaian itu dilakukan ketika bersaing hebat dengan seorang lagi pemain Dewan Kemasyhuran, Arnold Palmer.

MICHAEL PHELPS (renang)

Michael Phelps bukan saja memenangi lebih banyak pingat Olimpik daripada mana-mana atlet dalam sejarah (22) malah turut menjulang pingat emas lebih banyak dalam sejarah (18). Perenang AS itu bukan saja mendominasi satu edisi Olimpik tetapi tiga, merangkul lapan pingat emas pada Sukan Olimpik Beijing 2008.

VALENTINO ROSSI (MotoGP)

Biarpun Valentino Rossi gagal menjulang gelaran MotoGP tahun lalu, pelumba berkarisma dari Itali itu kekal sebagai antara pelumba paling berjaya sepanjang zaman, hasil prestasi hebatnya dari 2002 hingga 2009 yang menyaksikannya menjulang enam kejuaraaan. Selain itu, tiada pelumba lain yang memenangi lebih banyak perlumbaan daripadanya (86) dalam kategori 500 cc dan MotoGP berbanding pelumba berusia 36 tahun yang dijang­ka terus cemerlang musim depan.

SACHIN TENDULKAR (kriket)

Sachin Tendulkar ditakdirkan untuk mencapai kegemilangan sebaik membuat penampilan Test (mewakili negara) pertama pada 1989 ketika berusia 16 tahun. Dia mencatat larian lebih banyak dalam One Day Internationals dan Test berbanding pemain lain, selain membawa India menjulang kejuaraan pada Piala Dunia 2011.

Simpan sebagai koleksi. Sumber : HMetro

Fakta Menarik Mengenai Siapa Di Sebalik Jenama Seluar Jeans Levi Strauss

Siapakah di sebalik jenama seluar jeans biru Levi Strauss yang menjadi kegemaran anak muda.
Di sini dikongsikan beberapa fakta menarik mengenai jenama ini.


Levi Strauss, the man who gave us blue jeans, was born on February 26, 1829. On his 187th birth anniversary, here are some interesting facts about the German-American businessman and his company:
 

Levis Strauss, the founder of Levi Strauss & Co., is synonymous with blue jeans. The company was founded in 1853 in San Francisco
 

The company boasts of 2800 company-operated stores worldwide and an annual revenue of 4.68 billion dollars
 

As of 2013, the company has 15,000 employees
 

Strauss left Germany for California hoping to become rich. He opened his dry goods wholesale business as Levi Strauss & Co. and imported fine dry goods --clothing, bedding, combs, purses, handkerchiefs-- from his brothers in New York
 

Finding no market, he made pants out of the canvas and later imported denim from France
 

Strauss got a big boost during World War II, when jeans were declared essential commodities
 

Levi Strauss died on September 26, 1902, in San Francisco, at the age of 73
 

He never married; so he left the business to his four nephews, Jacob, Sigmund, Louis, and Abraham Stern, the sons of his sister Fanny and her husband David Stern
 

Levi's fortune was estimated to be around 6 million dollars
 

A Levi Strauss museum is maintained in Buttenheim, Germany, located in the 1687 house, where Strauss was born.

sumber : indiatoday

Saturday 12 March 2016

Ambillah 27 ini sebagai.........

Kata-kata hikmah penting untuk kekuatan diri bagi mereka yang inginkan kejayaan sesungguhnya org yang berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan diri ataupun orang 
lain.Berjayalah orang-orang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan  mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia.

1. ( Al-Mu’minun :1-3 )
    Allah tidak melihat rupa dan kekayaan anda Allah melihat hati dan amal anda.

2. (Hadis Nabi)
    Penawar yang paling mujarab ialah rajin.

3. (Iman Ghazali 1058 - 1111)
    Tiap-tiap bertambah ilmuku akan bertambah pula keinsafan bahawa terlalu banyak yang 
    aku tidak tahu.

4. (Iman Syafie 767 – 820 m )
    Gantunglah cita-citamu setinggi bintang di langit.

5. (Soekarno 1901 – 1970)
    Demi kejayaan rebutlah lima masa;
    Mudamu sebelum tua,
    Sihatmu sebelum sakit,
    Kayamu sebelum fakir,
    Lapangmu sebelum sibuk,
    Hidupmu sebelum mati.

6. (Hadis Nabi Riwayat AL-Bukhari 194 – 256 H)
    Fikiran hanya tumbuh kalau dipergunakan dan surut kalau dibiarkan menganggur.

7. (Iman Syafie 767 – 820 M)
    Tanpa disiplin yang tinggi seseorang itu terdedah kepada penyimpangan matlamat.

8. (Tun Hussein Onn 1922 – 1990 )
    Rahsia kejayaan ialah ketekalan tujuan.
9. (Benjamin Disraeli 1804 – 1881)
    Take a moment now to dream and to think what you really want for your life.

10. (Anthony Robbins 1986 - )
     Tidak ada yang mustahil bagi yang berani mencuba.

11. (Iskandar Zulkarnain 356 – 323 sm)
     Jika matlamat anda jelas anda boleh mencapainya dengan mudah.

12. (Lao Tzu 604 – 531 sm)
      Belajar tanpa berfikir adalah sia-sia ; berfikir tanpa belajar adalah berbahaya.

13. (Confucius 551-479 sm)
     Orang yang menyisihkan diri daripada pergaulan tidak akan mencapai kemajuan.
     Pergaulan itu mencerdaskan dan menajamkan ingatan.

14. (Aristotle)
     Tidak cukup mempunyai minda yang baik yang penting menggunakannya dengan baik.

15. (Rene Descartes 1596 – 1650)
     Tiada hari yang terlalu panjang bagi mereka yang suka bekerja.

16. ( Seneca Pujangga Rom )
      Reading to the mind what exercise is to the body.

17. (Sir Richard Steele 1672 – 1729)
      Jangan biarkan ayam di kepuk mati kelaparan itik di air mati kehausan.

18. (Aminuddin Baki)
      Lebih besar kesulitan yang kita alami lebih besarlah kejayaan yang akan kita capai.

19. (Marcus Tullius Cicero 106 – 42 sm)
      Setiap kerja yang besar itu pada mulanya adalah mustahil.

20. (Thomas Carlyle)
      Sesiapa yang membaca dan mengamalkan apa yang dibaca akan memerintah dunia.

21. (Napoleon Bonaparte 1769 – 1821)
      Minda yang kerdil umpama pokok yang kerdil tidak boleh berbuah dan berbunga.

22. (Prof Diraja Ungku Aziz 1992 )
      Lebih baik mencucuh sebatang lilin daripada mengutuk kegelapan.

23. (Peribahasa Cina)
      Kejayaan tidak boleh diukur dengan kedudukan yang dicapai seseorang tetapi melalui 
      halangan-halangan yang ditempuhi semasa mendaki tangga kejayaan.

24. (Brooker T. Washington 1856 – 1915)
      Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal.

25. (Dr Mahathir Mohamad 1925 - )
      Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesaikannya adalah lebih hebat.

26. (H.W. Longfellow 1807 – 1882 )
      Akar pendidikan memang pahit tetapi buahnya manis.

27. (Aristotle 384 – 322 sm)
      Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Friday 11 March 2016

Pick Up Line Chia Chia Chia Sepahtu Sinar Untuk Ayda Jebat

Pick up line dari sepahtu memang da jadi viral kat Malaysia ni.
Kali ni diaorang kenekan Ayda Jebat plak...saksikan disini..chia chia chia

https://www.youtube.com/watch?v=K8YI2WvErME

Wednesday 9 March 2016

Buat Anda Yang Terasa Give Up Dengan Hari2 Anda...Bacalah.....

Adakalanya....
Hari yang panas dan ceria
Bertukar mendung seketika
Mentari merangkak pergi
Gumpalan awan bertandang sisi
Hati gundah
Tercari-cari
ke Mana perginya mentari yang dinanti

Begitulah hidup...
Di saat kau selesa dengan kehidupan
tiba-tiba kau diuji dengan kehilangan
kehilangan nikmat harta
kehilangan nikmat ilmu
kehilangan nikmat rakan dan keluarga
dan kau meratapinya....

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu...
Yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu kerna...

masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan Allah tak tahu derita hidupmu...
retaknya hatimu
sengsaranya sukmamu
Mungkin itulah yang Dia mahukan
kerna 
Dia tahu
Hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk
DEKAT dan AKRAB dengan-Nya
Saat hujan turun membasahi hatimu
kau menangis kerna
merasa beratnya ujian tidak tergalas
~SenYumLaH~

kerna
Allah mendatangkan kepadamu pelangi nan indah
selepas hujan sinar kelamnya
'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya'

(Al-Baqarah:286)

Nikmati Internet Dengan Hanya RM70=7GB, RM50=5GB, RM28=3GB


Setakat aku guna plan U Mobile 3 tahun ni aku sangat berpuas hati. Coverage sekitar Johor pun ok.
Harga berpatutan. Yang penting bila download boleh sampai 1Mb/ sec.
Buat yang mencari pelan internet dan call aku cadangkan boleh survey2 http://www.u.com.my/postpaid

Just sharing apa yang aku rasa berbaloi. Ada application MyUmobile. Boleh download dekat google playstore. Boleh check bill, payment due date, balance internet data, balance buat panggilan dan macam2 lagi. Mudah dan menyenangkan.

Paling penting boleh update blog anda - ska


Proton Tampil dengan Sesuatu Yang Baru


Sesiapa yang perasan Proton sebenarnya telah tampil dengan logo baru. Boleh melawat web page Proton untuk kepastian. Proton terus berusaha dalam memastikan kereta keluaran mereka mampu bersaing dengan kereta kereta import yang lain sama ada dari Jepun, Korea mahupun Eropah
Terbaru, Proton menjalin kerjasama dengan Suzuki Malaysia malah sebelum ini pun proton pernah bekerja sama dengan syarikat luar antaranya lotus.

Tidak banyak beza logo baru dengan yang lama, cuma dalam logo yang baru ini, proton masih mengekalkan kepala harimau dan apa yang berbeza pada logo proton yang baru adalah Tulisan PROTON yang ada pada logo lama di keluarkan dan di letakkan di luar segi tiga. Jadi, saiz kepala harimau juga makin besar dan di posisikan di bahagian tengah logo .Manakala Tulisan Proton di letakkan di luar logo iaitu di bawah logo proton.

Logo Baru Proton


Logo Lama Proton


Perubahan dan penambahbaikkan yang di lakukan oleh proton juga perlu selari dengan pembangunan automotif negara. Mungkin pembaharuan ini adalah selari dengan kemunculan model baru yang akan diperkenalkan pada tahun ini yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia.

Proton sebenarnya mampu bersaing dengan pengeluar automotif yang lain selagi mereka terus berusaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan dunia automotif. Sape kata Proton tak terkenal, teringat pengalaman aku semasa ke Taiwan ternampak Proton Gen2 di Negara tersebut. Ada je peluang dan ruang untuk Proton terus maju untuk bersaing di peringkat global - ska

Tuesday 8 March 2016

Kereta Mainan Hotwheels Ini Bernilai RM221616

Tahukah anda apa itu HotWheels?.  Ianya adalah jenama untuk kereta mainan keluaran Mattel. Sebuah syarikat yang mengeluarkan barang barang permainan antaranya seperti barbie. Di Malaysia kita boleh dapati kilang Mattel yang terletak di Seberang Perai Pulau Pinang.

Saya sebagai peminat dan pengumpul Hotwheels ingin berkongsi kepada semua senarai2 kereta Hotwheell yang limited dan mahal untuk dimiliki di dunia ini. Hasil pembacaan dan info2 dari internet dan peminat2 Hotwheels itu sendiri disini saya senaraikan kereta2 Hotwheels yang 'limited and rare'.

1995 Collector Number 271 Funny Car
Jumlah Pengeluaran : 12
Jumla yang terdapat sekarang (carded) : 6
Harga sekarang : RM 10,773

1968 Custom Volkswagen without Sunroof
warna normal : biru dan biru muda
warna terhad : merah, hijau dan coklat kuprum
warna paling terhad : jingga
harga sekarang (loose) : +RM 4,617

1970 Red Baron with White Interior
Jumlah yang ada sekarang : kurang dari 10
perbezaan normal dari yang biasa :  hiasan dalaman bewarna putih dan tiada dekal pada helmet
harga sekarang (loose) : +RM 9,234

1969 Pink Rear-Loading Volkswagen Beach Bomb
ciri normal : papan luncur diletak pada bahagian tepi poket sampingan kereta
ciri paling terhad : papan luncur diletak di bahagian belakang kereta
JUMLAH PENGELUARAN : 1 (SATU SAHAJA DI DUNIA!)
harga sekarang : + RM 221,616

1974 Blue Rodger Dodger
Jumlah pengeluaran : 7
jumlah sekarang (carded) : 3
harga sekarang : tidak dapat dinilai/tidak dijual


Next issue saya akan berkongsi hotwheels milik saya -ska

Sunday 6 March 2016

Malaysia Diramalkan Akan Mengalami Gempa Bumi Besar


Berita pada hari ini mendedahkan yang Malaysia diramalkan akan mengalami gempa bumi berskala besar khususnya di Sabah. Menurut portal berita online menulis :


"Jabatan Meteorologi menjangkakan berlaku gempa bumi berskala besar melanda pantai timur Sabah iaitu di Lahad Datu berdasarkan kepada rentetan gempa yang dianggap luar biasa terjadi dalam tempoh tiga minggu berturut-turut. Timbalan Ketua Pengarah Strategik dan Teknikal Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Rosidi Che Abas berkata, kali terakhir Lahad Datu mengalami gempa terbesar adalah pada tahun 1978 iaitu pada magnitud 5.8 dan ia dijangka berulang dalam skala lingkungan sama bagi siri gempa seterusnya. “Statistik gempa iaitu 3.0 sehingga 3.5 skala Ritcher yang berlaku berturut-turut dalam tempoh tiga minggu itu adalah rekod luar biasa untuk gempa bumi di Sabah dan ia disifatkan sebagai petunjuk untuk gempa lebih besar. “Kita menjangkakan gempa kuat iaitu 6.0 pada skala Rit­cher akan berlaku di Lahad Datu selepas kejadian terakhir pada tahun 1978,".


Walaupun ini cuma ramalan dan atas kajian dari pihak Jabatan Meteorologi, sama sama lah kita sebagai rakyat Malaysia khususnya orang islam sama2 berdoa semoga bumi bertuah Malaysia ini dihindari dan dijauhi daripada kejadian2 bencana alam yang tidak diingini. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku adalah diatas qada dan qadarNya. Namun kita sebagai hamba haruslah memohon semoga dilindungi daripada perkara seperti ini berlaku di negara kita.


Saturday 5 March 2016

Maksud Perkataan Chia Chia Chia atau Cia Cia Cia Yang Tengah Menjadi Trend Di Malaysia

Apa yang aku perasan sekarang adalah satu perkataan baru wujud dalam media sosial di Malaysia ni. Perkataan tu adalah chia chia chia atau cia cia cia, sebanyak 3 kali.

Kali pertama aku perasan penggunaan perkataan2 ni adalah semasa menonton Sepahtu Reunion setiap hari khamis jam 10.00 malam di Astro. Geng2 Jep, Shuib dan Rahim ni akan sebut chia chia chia selepas diaorang kenakan watak tambahan dalam cerita tu. Biasanya pelakon wanita la. Contoh yang pernah kena macam Uqasha Senrose.

Aku google lebih details nak tahu tentang trend chia chia chia ni. Sebenarnya ini adalah ayat untuk memikat wanita. Nak tahu dan dengar boleh ler carik kat u tube rancangan sepahtu reunion ni dan dengar sendiri....



salam...chia chia chia.hahaha

gambar : google image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik