klik

Tuesday, 5 November 2019

Tips Mengecat Rumah Sendiri

Segala ilmu disimpan disini buat rujukan dikemudian hari :

Tips mengecat dinding rumah sendiri :

1) Mula2 kena la pilih warna2 pilihan yang dirasa sesuai dan sedap mata memandang. Pilihan warna boleh dapatkan / dirujuk template warna daripada kedai2 cat berhampiran anda. Untuk saya, saya dapatkan di kedai cat Jotun (Taman Daya JB). Pelbagai pilihan warna
(Pening weyh pilih warna...semua lawa).

(Gambar google)


2) Kene tahu nak cat dalam rumah atau luar rumah. Sebab biasanya ada untuk exterior and interior paint. Details boleh cuba tanya encik google.

3) Cat ada pelbagai gred and pelbagai pilihan, ada cat yang kurang bau, ada yang bau oren2, ada yang berkilat ada yang x berkilat dan kalau x salah ada cat yang anti nyamuk!

4) Cat pun ada pelbagai jenama, nippon, jotun, dulux and pelbagai lagi. Untuk aku, aku pilih cat dari jenama Jotun kerana apa yang aku baca dari perkongsian orang2 lain cat Jotun lebih berkualiti. Cat sekarang kebanyakkannya water based which is lebih mesra alam sekitar, lebih selamat dan mematuhi peraturan2 yang ditetapkan.

5) Sebelum anda cat rumah, lihat dahulu adakah disana terdapat keperluan untuk mengecat sealer terlebih dahulu sebelum anda terus cat colour base (cat warna pilihan anda). Biasanya cat sealer akan apply bila pertama kali mengecat dinding rumah which mean dinding memang kosong atau......... atauuu.....anda nak re-paint your dinding rumah sekiranya dinding tersebut cat2 lama sudah tanggal dan menggelembung teruk. Tapi anda haruslah buang semua cat2 lama terlebih dahulu....kikis...gosok...barulah apply cat sealer. Biasanya kalau cat lama anda masih elok, gelembungnya sikit2 saja...x perlu la menambah kerja yer. Cat sealer sebenarnya bagus kerana dia melindungi cat warna anda daripada kelembapan dinding dan mebuatkan cat warna anda melekat lebih kuat pada dinding. Untuk saya, saya menggunakan cat sealer brand Dulux di dalam bilik utama. Untuk ruang tamu saya terus lapis dengan cat warna tanpa sealer.


(Gambar google : tapi jenis ni la yang saya pakai)


6) Cat sealer warnanya putih, tapi x seputih warna putih cat base. Anda alas 4 atau 5 kali sekalipun cat sealer xkan bertukar menjadi putih pekat kerana fungsinya bukanlah sebagai cat base. Jangan terkejut tengok dinding anda warna x rata...bertampung2 putihnya...itu biasa..kerana itu cat sealer.

7) Selepas tu bila dah kering (min 2 jam) boleh la mula cat dengan warna pilihan anda. Kacau terlebih dahulu...kacau pakai tangan pon boleh...betulll (senang tanggal)... tapi seeloknya pakai la kayu ke...besi ke...Lapisan pertama cat akan kelihatan tidak rata...tetapi jangan panik...jangan salahkan skill cat anda.... tunggu sehingga lapisan pertama kering...dan mulakan denga lapisan kedua. Cat sekarang cepat kering..mudah dibersihkan sekiranya kena tangan just cuci dengan air. Sekiranya anda menggunakan cat yang easy clean, kotoran pada dinding nanti pun mudah untuk dibersihkan. Selepas lapisan cat kedua selesai, anda akan menikmati warna sebenar cat anda...

8) Tips lain yang boleh dikongsi lagi...urutan cat..cat lah dari atas ke bawah. Seeloknya cat bahagian tepi2 dinding terlebih dahulu menggunakn brush seterusnya barulah gunakan roller. Tampal bahagian2 yang dielakkan dari terkena cat..contoh..plug..atau switch elektrik... tampal menggunakan tape putih yang biasanya ada dijual di kedai cat. Hati2 bila tanggalkan tape kertas putih kerana bahagian di cat boleh terkopek sekiranya teknik menganggalkan tape tidak betul. Untuk saya, saya menggunakn pisau untuk memisahkan cat and tape putih yang bersambung.

9) Untuk kurangkan badan anda terkena cat, pakailah glove, mask, baju lengan panjang yang diterbalikkan kalau syg baju tu..stokin..Bersihkan roller selepas digunakan..hanya menggunakan air...

10) Kos untuk upah orang cat biasanya sehari RM80 untuk mengecat sahaja, bahan2 sendiri sediakan. So saya memilih untuk cat sendiri dan lebih puas hati. So ni serba sedikit perkongsian berdasarkan pengalaman semata2. Semoga bermanfaat.



#Ni tips mengecat dinding rumah yer...konkrit...bukan kayu..bukan besi...kalau kayu lain pulak catnya...





#CatJotunTerbaik
#Berkualiti
#JotunBestQuality

https://www.jotun.com/my/en/b2c


11 comments:

  1. Dinding saya dah ada cat colour hijau² terang.
    Saya nak tukar cat sebab nak pasang wainscoting. Cdgnya 1/2 bahagian bawah putih dan bhgian atas dusty² green. Perlu saya cat semua dengan cat base putih dulu ke? Tqvm

    ReplyDelete
  2. Saya pun plan nak cat rumah musim PKP ni.Terima kasih ye atas info yang membantu.Memang berhajat nak guna Jotun :)

    ReplyDelete
  3. Ade beza tak kalau cat dinding lama masih elok, cuma teringin nk tukar warna, perlu ke kpd sealer?

    ReplyDelete
  4. Mau tanya kak kalo mau cat ulang. Kamar saya warnanya merah dg biru . Kalo kita mau cet ulang warna apa ya yang bagus dan adem . Kalo warna gray cocok tidak ?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. assalamualaikum tuan..nak tanya pendapat tuan,nippon paint ok x kalau guna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok dan berkualiti...pendapat saya tuan

      Delete
  7. kalau macam dkt luar rumah dh mmg ada cat warna mcm kuning² gold , tp saya nak cat semula warna kuning diraja perlu ke saya cat putih semula baru cat warna kuning tu ke boleh je terus cat?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik