Perkongsian seorang bakal bapak kepada bakal2 bapak yang lain..
Sebut sahaja sunnah maksudnya ianya adalah amalan / perbuatan yang dilakukan oleh junjungan besar Rasulullah S.A.W.
Kebaikan Makanan Sunnah Ketika Isteri Kita Mengandung / Bersalin
Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri
kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma,
nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,
bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”Kebaikan Kurma Ketika
Mengandung dan BersalinAdalah amat baik sekali jika puan mengamalkan
memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin
nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di
lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma
semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang
merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah
risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat,
hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.
Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:
1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita
sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel
darah merah).
2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga
empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium
dan potassium.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera
apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat
kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara
berlebihan.
5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya
ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem
pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan
rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana
dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa
as.
A. KURMA
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik
sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir
dan tidak diganggu setan”.
Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma
yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya,
akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan,
sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang
tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.
B. KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak
21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa
penyakit kecuali kematian”.
Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka
dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.Imam
Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan
penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis
dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan
lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan
menghilangkan letih”.
3. MADU
Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat
menyenangi madu”.Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
“Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca
Al-Quran”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan
niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya
dari 77 penyakit”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia
dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam
dada”.
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala
penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan
membersihkan hati”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam
madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah
didoakan oleh 70 Nabi”.
No comments:
Post a Comment