klik

Friday 8 April 2016

Ilmu Tayar Kereta Yang Perlu Kita Tahu

Baru baru ini aku baru berkesempatan nak servis jentera putih aku iaitu Toyota Vios.
Memandangkan kilometer mileage dah lebih 2k dari bacaan asalnya. Nak xnak kene la carik masa untuk servis. Sebelum servis tu lebih baik tambah ilmu berkenaan dengan servis kereta ini. Maka bermula la pembacaan aku. Mungkin kita tahu basic, tapi details tentang ilmu automotif kita kurang...sebb itulah pentingnya pembacaan demi menambah ilmu.. selain servis minyak hitam aku juga plan nak tukar tayar kereta aku..memandangkan tempoh tayar kereta ni cuma 3-4 tahun jer... demi keselamatan aku dan pengguna lain iaitu isteri aku..kena la tukar... sini aku sharekan sedikit ilmu2 automotif terutamanya pasal tayar kereta.


Sebenarnya ada maklumat penting seperti, tarikh tayar dikeluarkan dan had laju maksimum yang perlu kita teliti sebelum bersetuju untuk membeli tayar tersebut dan banyak lagi..contoh di bawah.

Contoh 205/65/R15 94H 
Nombor 205 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi.
Nombor 65 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding lebarnya.
Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial.
Angka 15 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan.
Nombor 94 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg. Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg) Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka.Taraf kelajuan "H" dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sehingga 210 km/j.
Untuk mengetahui usianya sila periksa bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 0811 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 8 pada 2011.

Ni serba sedikit berkenaan dengan tayar, lain hari kita boleh berkongsi berkenaan perkara lain.
So hari servis tu melayang jugak la 1k++...huhuhu...(Tayar 4 bijik + minyak hitam + minyak gear & minyak break).

Selain itu aku nak berkongsi pengalaman aku sepanjang aku bawak toyota vios aku ni..dalam tempoh 3 tahun ni,,cukup mengujakan dari segi performance, handling, cukup berkualiti. Sangat berbeza dengan kereta2 lain yang aku pernah bawak...memandangkan aku seorang perantau dan perlu untuk selalu pulang ke kampung...Johor-Terengganu selalu..perlu untuk aku dapatkan kereta yang bagus dari segi handling, jimat minyak dan sebagainya...setakat hari ini..aku cukup selesa dan berpuas hati dengan Toyota Vios aku ni...
so sesiapa yang berminat untuk memiliki sebuah kereta keluaran toyota rajin2 lah berkunjung ker laman web toyota ini... TOYOTA MALAYSIA

Kita sering menukar tayar kereta...tapi kita sering lupa untuk meneliti nombor-nombor dan kod-kod yang ada tayar tersebut. Sebenarnya ada maklumat penting seperti, tarikh tayar dikeluarkan dan had laju maksimum yang perlu kita teliti sebelum bersetuju untuk membeli tayar tersebut..... 205/65/R15 94H Nombor 205 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. Nombor 65 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding lebarnya. Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan angka 15 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Nombor 94 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg. Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg) Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka.Taraf kelajuan "H" dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sehingga 210 km/j. Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad. - S - 180 km/j - T - 190 km/j - U - 200 km/j - H - 210 km/j - V - 240 km/j - Z - melebihi had laju 240 km/j - W - 270 km/j - Y - 300 km/j Untuk mengetahui usianya sila periksa bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 0811 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 8 pada 2011.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik