klik

Saturday 23 April 2016

7 Sebab Kenapa Anda Harus Pergi Milo Malaysia Breakfast Day 2016 Event

Sedikit perkongsian dan review tentang Milo Malaysia Breakfast Day 2016 yang berlangsung pada 230416 di Padang Majlis Perbandaran Pasir Gudang Johor.

Acara dihadiri kira2 4000 peserta larian dan pengunjung. Acara bermula sekitar 7.00 pagi dimana para peserta larian mula mengambil tempat sebelum bermulanya larian. Dua kategori larian iaitu individu dan berkumpulan atau berkeluarga. Untuk individu sejauh 5km dan berkeluarga 3km. Pendaftaran kali ini secara online dan walk in ke Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan bayaran pendaftaran mengikut kategori. Penyertaan yang menggalakkan di kalangan penduduk Pasir Gudang memaksa diwujudkan walk in registration kerana pendaftaran secara online ditutup dua hari sebelum acara. Kenapa anda harus menyertai program ini bila diadakan di tempat anda adalah kerana :

1) Aktiviti utama adalah larian solo dan berkumpulan. Dengan yuran pendaftaran ditetapkan anda akan memilik sehelai baju edisi khas milo dan diberikan medal milo sekiranya menamatkan larian.
2) Minum milo dan koko crunch dari lori milo secara percuma dan non stop sehinggalah program berakhir.
3) Jika anda tidak ingin menyertai acara larian datanglah sebagai pengunjung biasa dan daftarlah kedatangan anda kerana anda akan mendapat satu bag daripada milo yang terisi dengan produk2 nestle seperti milo, maggi, nestum, minuman milo tin dan kotak dan bermacam lagi.
4) Game secara percuma dan menghiburkan.
5) Ada cabutan bertuah yang berkemungkinan milik anda.
6) Aktiviti senam robik dan zumba yang boleh anda mengeluarkan peluh yang dah lama x keluar tu.
7) Dan bertemu skuad Era FM dan bermain game bersama mereka dan boleh memilik hadiah seperti power bank dan t shirt.

Dan banyak lagi..................... (Perkongsian ini berdasarkan apa yang berlaku di Pasir Gudang)

zumba

skuad ERA

Aktiviti list

Budak MILO


Lawatilah dan kunjungilah laman web di bawah untuk info2 lanjut dan seterusnya :
MILO MALAYSIA
NESTLE MALAYSIA
RADIO ERA



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik