klik

Sunday 24 April 2016

Hujan Batu Sebesar Bola Golf Melanda Sebabkan 8 Orang Terbunuh

Portal berita dalam talian ada memberitahu di Yangon Mayanmar berlaku ribut yang menghasilkan hujan batu bersaiz bola golf yang membunuh sekurang-kurangnya lapan orang sejak beberapa hari lalu selain menyebabkan kerosakan pada pagoda dan ribuan bangunan.
 

lima negeri dilanda ribut secara mengejut pada Jumaat dan Sabtu selepas berminggu-minggu negara itu menghadapi suhu panas melampau yang mencecah 40 celsius.
 

Enam mangsa maut di kampung Yay Tha Yauk di Mandalay selepas kawasan berkenaan dilanda banjir kilat. Daerah lain yang turut dilanda bencana termasuk Sagaing dan Magway serta negeri Shan dan Chin.

Imej dan rakaman televisyen menunjukkan hujan batu yang besar bertaburan di jalan dan menghempas bumbung logam dengan penduduk bertempiar menyelamatkan diri masing2.

Menurut Penduduk Hujan batu bersaiz bola golf dan saiz ais yang kita masukkan di dalam minuman.


Bahayanya hujan batu yang besar boleh menyebabkan kehilangan nyawa sekelip mata.
Semoga negara kita Malaysia dilindungi dan dihindari daripada bencana2 alam yang boleh menyebabkan kejadian lebih buruk.

sekadar gambar hiasan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik