klik

Sunday 25 October 2015

PERLIS DAMAI DAN MEMPESONAKAN

Sudah 5 tahun berlalu...aku meninggalkan bumi Perlis.
Sebagai bekas pelajar Kolej Universiti Kejuruteraan Malaysia (KUKUM)
ataupun nama barunya Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).. aku kagum dengan negeri yang letaknya paling utara di semenanjung Malaysia... negeri kecil dan orangnya baik2.
Perlis begitu dekat dengan aku dan kawan2...belajar di sebuah universiti yang mana kampusnya boleh dikatakan ada di setiap pelusuk negeri Perlis. Dari Padang Besar hinggalah Kuala Perlis.

Terlalu banyak kenangan di bumi Indera Kayangan ini. Kalo diceritakn memang x habis.
Bermula semester 1 sehinggalah semester 8.. banyak oi cerita..masih jelas di fikiran.. sebijik2 lagi nampak perlis dalam kepala ni....hehehe...Kini Unimap sudah mempunyai kampus tetap sendiri letaknya di Ulu Pauh...dekat dengan Changlun...dekat dengan UUM Kedah...dan Bukit Kayu Hitam.

Boleh dikatakan semua kawasan di Perlis masih segar dan jelas dalam kepala aku. Kalo pergi lagi konpem x sesat. Mana tempat x pernah pergi...cuba cakap...haaaa...sawah padi..semua aku redah dengan motor aku haaa...hehehe...setakat pergi memancing ikan puyu tepi sawah..tu benda pertama aku buat masa mula2 daftar masuk kat kolej kediaman Wang Ulu...haha

aku nak share sikit gambar2 di perlis yang masih ada dalam simpanan aku. Untuk pengetahuan semua...hardisk aku rosak masa tahun 2011...dan semua file hilang...dan itu adalah satu kehilangan yang memeritkan....waaaaaaa..........

Nak bercakap tentang perlis terlalu banyak...sgt2 panjang....dari padang besar, wang tepuh, wang kelian, mata air, chuping, beseri, ulu pauh, arau, kubang gajah, seriab, kangar, bintong, kuala perlis, simpang 4, kuala sanglang, kampung wai, ladang anggur...air terjun bukit ayaq..empangan timah tasoh...uihhhh banyakkkk...x tercerita aku....cukuplah sekadar berkongsi sedikit gambar2 lama yang membuatkan Perlis sentiasa di hati kami...pelajar2 Unimap...

BUKIT CENDERAWASIH KANGAR

SUASANA SENJA KUALA PERLIS


ni antara gambar2 yang masih ada dalam simpanan aku...gambar ni aku edit masa aku berjinak2 dengan photoshop...edit atau tidak...kuala perlis tetap indah..tenang dan mendamaikan... ikan bakar...cendol...abc..laksa...semua kami dah rasa...

LADANG TEBU DAN KUALA PERLIS

NUAT, PAIQ, ISMID DAN MUS

WANG ULU

last sekali wang ulu bintong kangar Perlis...tempat dimana kami bermula sehinggalah siapa kami pada hari ini.....ni belum cerita tempat makan lagi....uiiii...x habis..mungkin lain kali...next post. adios (Aku anak Terengganu)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik